KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini mengesahkan kes jangkitan harian COVID-19 meningkat secara mendadak dengan 62 kes.
“Daripada 62 kes baharu yang dilaporkan, 6 kes adalah kes import manakala 56 adalah penularan tempatan,
“Kes dalam negara melibat 50 kes dari Kluster Benteng Lahad Datu dan 1 kes di Hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.
Sementara itu, 1 kes telah dikesan di Pulau Pinang dan 1 lagi dari saringan bergejala dari sebuah klinik pergigian di Alor Setar.
Selain itu, kluster Telaga telah mencatatkan pertambahan satu kes. Selain itu, 2 kes jangkitan telah dikesan dari satu kluster baharu di Kedah.
Kluster terbaharu itu dikenali sebagai Kluster Sungai adalah berpunca dari seorang anggota kesihatan di pusat perubatan itu.
“Kes indeks kluster ini merupakan seorang anggota kesihatan di pusat perubatan tersebut. Beliau bergejala sejak 30 Ogos 2020 tetapi tidak mendapatkan rawatan,
“Ujian saringan COVID-19 dijalankan pada 5 September 2020 dan didapati positif,” jelas Noor Hisham.
Pesakit kedua pula merupakan kontak rapat kepada kes indeks yang bertugas di pusat perubatan yang sama.
Dalam perkembangan sama, terdapat 6 kes import telah dikesan di negara ini dengan melibatkan 2 rakyat tempatan dan 4 warga asing.
62 kes yang dicatatkan pada hari ini telah menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini meingkat kepada paras 9,459.
Sementara itu, seramai 9 pesakit telah dibenarkan pulang manakala angka kematian masih kekal pada angka 128. – airtimes.my