Home Semasa Jangan sampai kami berhimpun di tanah yang diceroboh – Pemuda UMNO Raub

Jangan sampai kami berhimpun di tanah yang diceroboh – Pemuda UMNO Raub

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=t1ZUKMrSdAA[/embedyt]RAUB, 4 Sept – Seramai lebih 350 orang penduduk Raub menyertai himpunan aman untuk menyatakan sokongan terhadap tindakan Menteri Besar Pahang, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail yang membongkar isu penceroboh tanah haram di negeri Pahang.

Himpunan yang dianjurkan oleh Gabungan Pertubuhan Melayu Raub itu turut dihadiri beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi), Pertubuhan Melayu Islam Seluruh Raub, termasuklah Persatuan Veteran Angkatan Tentera (ATM) serta Polis Diraja Malaysia.

Kesemua mereka menyatakan solidariti kepada negeri Pahang, sekaligus mengharapkan tindakan diteruskan berasaskan lunas undang-undang.

Kesemua mereka menyatakan solidariti kepada negeri Pahang, sekaligus mengharapkan tindakan diteruskan berasaskan lunas undang-undang.

Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohamad Kamal menegaskan himpunan di Raub ini adalah sebagai amaran kecil dari penduduk setempat.

“Himpunan hari ini adalah mesej jelas dan ia adalah permulaan. Andai kata ada lagi gerakan yang membela peneroka haram ini,

“Kami tidak teragak-agak untuk mengadakan himpunan lebih besar di kawasan tanah yang mereka teroka,

“Kita harap DAP cukup-cukuplah. Ada benda yang boleh di politikkan, dan ada benda yang tidak sesuai di politikan. Walau kita tahu tindakan mereka ini mungkin disebabkan pilihan raya yang makin hampir,

“Tapi atas dasar apa sekali pun untuk memenangi hati pengundi di kawasan mereka, itu perkara lain. Tapi soal tanah, tidak bolehlah perkara haram dihalalkan,”katanya pada pemberita selepas berucap pada Himpunan Anti Peneroka Tanah Haram dan Penentang Tulisan Jawi di Perkarangan Rumah Rehat Raub, semalam.

Beliau berkata rakyat Raub dan kesemua penduduk negeri Pahang akan tetap berdiri teguh di belakang Menteri Besar Pahang yang berani mengambil tindakan penguatkuasaan keatas tanah-tanah haram ini.

Presiden Generasi, Roslan Md Esa menyifatkan situasi sedemikian pernah berlaku di Matau, Bandar Pusat Jengka beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Presiden Generasi, Roslan Md Esa menegaskan perkara sedemikan tidak memerlukan rundingan dan perbincangan lagi dengan kerajaan negeri.

Beliau turut menyifatkan situasi sedemikian pernah berlaku di Matau, Bandar Pusat Jengka beberapa tahun lalu.

“Penduduk di penempatan tersebut yang mendiami dan membina rumah puluhan tahun, akhir sekali kerajaan tolak, mereka akur. Soalan saya, kenapa pekebun ini ini tidak akur, ajak kerajaan berunding seolah-olah untuk dapatkan situasi menang-menang,

“Tidak ada isu hendak runding lagi, sepatutnya bila sudah menceroboh, dan tuan tanah nak balik, kena keluarlah,

“Jadi saya rasa di Matau kalau kerajaan boleh bertindak tegas terhadap orang Melayu, samalah cerita di sini cuma bezanya disini tanaman (musang king),

“Kita sokong kerajaan negeri dan jangan bimbang. Rakyat dan NGO akan bersama untuk tegakkan keadilan yang adil untuk semua,” katanya.

Manakala Naib Presiden Majlis Tindakan Sosial Pahang, Farid Mohd Noor menjelaskan tindakan sesetengah pihak ini telah merosakan pemikiran rakyat yang digambarkan oleh mereka dengan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat.

“Sejak 2, 3 minggu ini, kemarahan rakyat beralih kepada pentadbiran kerajaan negeri. Ia digambarkan oleh pihak-pihak seperti ini yang hendak berunding dan situasi menang-menang diantara penceroboh tanah haram serta kerajaan,

“Kenyataan ini tidak benar. Kerajaan telah buat keputusan bahawa mereka perlu keluar pada tarikh-tarikh tertentu dan tindakan pihak berkuasa masuk ke lokasi terbabit sepatutnya telah berlaku pada minggu ini,” jelasnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!