[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=cBJxw0vJve8[/embedyt]RAUB, 3 Sept – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Raub hari ini menegaskan tiada rundingan yang berlaku di antara pihak mereka dengan kumpulan penceroboh sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini.
Kenyataan pihak Pejabat Tanah telah disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Raub, Fadzli Mohammad Kamal dalam sidang media di Rest House Raub, hari ini.
“Pihak Pejabat Tanah memaklumkan bahawa tiada sebarang rundingan berlangsung di antara Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA), Chang Yee Chin,” katanya.
Beliau menambah, ini menunjukkan pihak berkepentingan sengaja memutarbelitkan fakta sebenar isu semata-mata untuk kepentingan diri mereka.
“Mereka telah memanipulasikan keadaan dengan menipu rakyat melalui kenyataan dan maklumat palsu,” tegasnya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan pihak SAMKA telah memulakan rundingan dengan pihak kerajaan negeri bagi mendapatkan situasi ‘menang-menang’ dalam kemelut pencerobohan tanah di Raub.