Home Semasa Gelaran Mejar Cina dihidupkan semula sebagai kesinambungan sejarah Johor moden

Gelaran Mejar Cina dihidupkan semula sebagai kesinambungan sejarah Johor moden

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 1 Sep – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah supaya gelaran ‘Mejar Cina’ yang pernah dikurniakan oleh Sultan Abu Bakar dihidupkan semula sebagai kesinambungan sejarah Johor moden.

Yang Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata baginda telah berkenan melantik pengurus ladang sawit, David Wing Khong Soon sebagai Mejar Cina berkuat kuasa hari ini.

“Mejar Cina Wong Hong Soon merupakan keturunan dari Wong Ah Fook,

“Beliau akan menjalankan tugas dan berkerjasama dengan Yayasan Sultan Ibrahim serta lain-lain yayasan Diraja Johor, pegawai daerah, wakil rakyat, penghulu dan ketua masyarakat dalam mengenalpasti penerima, menyelaras, mengatur dan melaksanakan pengagihan kurniaan bantuan keperluan makanan serta lain-lain kepada bangsa Johor khasnya kepada masyarakat Cina di daerah-daerah,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahim turut berkata dalam menjalankan tugas berkenaan, Mejar Cina Wong Hong Soon tidak disifat sebagai wakil raja.

“Beliau tidak dibekalkan dengan apa-apa kuasa, hak, imbuhan, kemudahan atau keistimewaan,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!