Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19: 3 kes penularan tempatan dikesan di Kem Terendak, Melaka

COVID-19: 3 kes penularan tempatan dikesan di Kem Terendak, Melaka

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 27 Ogos – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan semua kes penularan tempatan yang dilaporkan pada hari ini berlaku di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Kem Terendak, Melaka.

“Kes penularan tempatan pada hari ini melibatkan 2 kes saringan pra pembedahan dan 1 kes bergejala di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Namun begitu, beliau menegaskan kes yang dikesan di HAT Kem Terendak adalah bukan bersifat kluster.

“2 kes adalah hasil saringan dari pembedahan yang berbeza sementera 1 kes melibatkan kakitangan perubatan yang bertugas di hospital terbabit,”jelasnya.

Sehingga kini pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes terbaharu itu.-airtimes.my

Related Articles

1 comment

ATM sahkan 3 kes positif COVID-19 di hospital tentera – Air Times News Network 28 August 2020 - 3:27 pm

[…] Artikel berkaitan: COVID-19: 3 kes penularan tempatan dikesan di Kem Terendak, Melaka […]

Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!