Home Politik Tun M cabar Tengku Zafrul dedah senarai nama individu perolehi 101 projek rundingan terus

Tun M cabar Tengku Zafrul dedah senarai nama individu perolehi 101 projek rundingan terus

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan nama-nama individu yang memperolehi 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikatakan telah diperolehi secara rundingan terus.

Beliau berkata pendedahan tersebut yang dibuat oleh Menteri Kewangan adalah projek rundingan terus dibawah pemerintahan Pakatan Harapan terdahulu.

“Sepatutnya Menteri kewangan (Tengku Zafrul) dedah nama-nama mereka yang dapat projek berkenaan, supaya rakyat akan tahu siapa yang melakukan perbuatan ini,

“Walaupun kata Tengku Zafrul bahawa memang projek rundingan terus dibenar, tetapi pendedahannya dibuat seolah-olah ia tidak dibenarkan dan satu kesalahan yang berlaku,

“Ini semua menimbul banyak persoalan dikalangan rakyat, dan rakyat berhak mendapat maklumat penuh tentang siapa yang dapat, projek yang mana, di mana nilai-nilai projek ini.. supaya kita dapat menentukan siapa yang mendapat nikmat istimewa ini..ini perlu didedahkan kepada rakyat,” katanya dalam satu klip video yang disiarkan melalui Facebook rasminya hari ini.

Dalam pada itu, pemimpin PH juga mencabar kerajaan dan Tengku Zafrul untuk mendedahkan 101 projek yang didedahkan itu termasuk syarikat mana yang telah berjaya memperolehi tender rundingan terus itu.

PH juga mahu kerajaan mendedahkan kroni siapa yang dapat projek rundingan terus itu, serta menteri mana yang memohon kelulusan semasa pentadbirannya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!