Home Semasa Isu Khairuddin: Tidak ada sesiapa yang terkecuali dari kuarantin – Muhyiddin

Isu Khairuddin: Tidak ada sesiapa yang terkecuali dari kuarantin – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razaki ekoran gagal menjalani proses kuarantin selepas pulang dari luar negara.

Beliau berkata, pihaknya juga menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan untuk mengambil tindakan sewajarnya mengikut proses undang-undang.

“Kerajaan mengambil maklum dan memandang serius kes dakwaan pelanggaran perintah kuarantin oleh Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razaki setelah beliau pulang dari Turki pada 7 julai 2020,

“Kerajaan PN berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Khairuddin dilaporkan tidak mematuhi perintah kuarantin selepas pulang dari lawatan kerja rasmi di Turki. Namun, Ahli Parlimen Kuala Nerus itu menghadiri persidangan Dewan Rakayat pada 13 Julai lalu.

Semalam, Kementerian Kesihatan dalam kenyataan menjelaskan Mohd Khairuddin dikompaun RM1,000 di ats kesalahan tersebut dan beliau telah menjelaskannya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!