Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan dua bot nelayan tempatan tangkap ikan tanpa lesen sah

APMM tahan dua bot nelayan tempatan tangkap ikan tanpa lesen sah

by Air Times News Network

Kuala Lumpur, 20 Ogos – Dua bot nelayan tempatan kelas A berjaya ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Pulau Pinang kerana melakukan aktiviti menangkap ikan tanpa lesen yang sah di kedudukan 1.3 dan 1.4 batu nautika Barat Laut Tanjung Dawai semalam.

Hasil pemeriksaan mendapati empat individu berusia lingkungan 35 hingga 52 tahun berada di atas bot yang sedang melakukan aktiviti menagkap ikan dengan menggunakan pukat rawa sorong.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kedua-dua bot tidak bernombor tersebut bersama dua unit pukat rawa sorong, 80 kg ikan campur, dua tekong serta dua awak-awak ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat MN Pulau Pinang.

“Pukat rawa sorong adalah diharamkan penggunaannya kerana selain menyalahi undang-undang, aktiviti bot pukat rawa sorong ini juga mengancam pembiakan hidupan laut serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan pantai,

“Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM20,000.00 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali dan bot boleh dilucut hak,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!