KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Kementerian Pertahanan mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta untuk Kempen Tabung Pahlawan 2020 bagi membantu dan meringankan bebanan yang ditanggung veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelbagai program telah disusun bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai.
“Antaranya, kerjasama antara media arus perdana dan media sosial di kesemua medium akan digunakan sepenuhnya untuk melancarkan perjalanan kempen ini,
“Makan malam amal akan tetap dilakukan, tetapi ia dibuat mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 di negara ini,”katanya ketika Majlis Pelancaran Kempen Tabung Pahlawan 2020 di Sri Pentas, hari ini.
Beliau menjelaskan, objektif utama kempen ini adalah untuk mengumpul dana serta sumbangan agar dapat disalurkan kepada golongan veteran yang tidak berkemampuan.
“Selain itu, ia juga dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran rakyat tentang pengorbanan dan jasa anggota veteran ATM termasuk mereka yang telah terkorban semasa di medan perang,
“Negara tidak akan berjaya seperti sekarang tanpa pengorbanan dan perjuangan mereka. Jadi rakyat perlu sentiasa diingatkan tenteng jasa mereka ini agar ia tidak dilupakan,
“Kempen ini juga adalah untuk menanam dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Mereka perlu sedar bahawa apa yang dikecapi ini adalah hasil dari pengorbanan veteran tentera,”tambahnya.
Majlis pelancaran yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Norainee Abdul Rahman telah diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, hari ini.
Turut hadir TImbalan Menteri Pertahanan, Datuk Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Pengarah Urusan Kumpulan, Media Prima Berhad, Datuk Iskandar Mizal Mahmood, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM serta Panglima-Panglima Perkhidmatan.
Orang ramai boleh menyumbangkan sumbangan kepada Tabung Phalwan ini di akaun AFFIN BANK – 10595003201 demi meringankan beban mereka.-airtimes.my