Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera berkas 16 PATI Indonesia cuba bolos sempadan negara

Tentera berkas 16 PATI Indonesia cuba bolos sempadan negara

by Nurulhuda

JOHOR BAHRU, 18 Ogos – Hasil soal siasat dan maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi membuahkan hasil apabila 16 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 3 individu disyaki pengangkut kumpulan PATI ke Malaysia ditahan oleh anggota pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD).

Penahanan PATI termasuk individu yang dipercayai pengangkut yang telah menurunkan lebih kurang 60 orang PATI itu di buat dalam 2 siri tangkapan berasingan di sekitar kawasan Ladang Sungai Tengah, Johor pada jam 22.30 malam tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia dalam kenyataan berkata, bertindak daripada maklumat tersebut, pasukan 1 RRD dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Tim Dron Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) telah melaksanakan penjejakan dan penggeledahan ke lokasi berkenaan.

“Seramai 6 orang PATI telah berjaya ditahan melibatkan 5 lelaki dan seorang wanita berumur sekitar 18 hingga 40 tahun,

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM 18,440.70 melibatkan wang tunai RM 14,571.40 dan mata wang Indonesia, 13,451,000 (RM3,869.30),” kata kenyataan itu.

Manakala tangkapan ke-2 dibuat pada jam 6.00 pagi tadi dengan melibatkan penahanan 10 orang PATI yang mana 9 orang PATI baru mendarat masuk Malaysia dan seorang PATI sedang menunggu bot untuk pulang ke Indonesia.

 

PATI yang ditahan oleh anggota pasukan Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) di Ladang Sungai Tengah, Johor, pagi tadi. Foto: TDM

“Pada 18 Ogos 2020 jam 6.00 pagi, Ketua Kompeni B telah mengaturgerakkan kumpulan Quick Reaction Force (QRF) ke Ladang Sungai Tengah untuk membuat rondaan di sekitar kawasan yang disyaki menjadi tempat persembunyian saki baki PATI,

“Semasa rondaan, beberapa kelibat orang yang dipercayai PATI dilihat sedang bersembunyi di dalam kawasan hutan Ladang Sungai Tengah lebih kurang 150 meter dari lokasi tangkapan malam semalam,

“Kesemua mereka berjaya ditahan. Nilai rampasan berjumlah RM 4,166.30 melibatkan wang tunai RM3,250.00 dan mata wang Indonesia, bernilai 3,197,500 (RM906.30),

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan nilai rampasan untuk kedua-dua tangkapan bernilai RM 22,606.50,” tambahnya.

Kesemua PATI telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang dan pengendalian adalah mengikut SOP pencegahan wabak COVID-19. Kesemua PATI telah dibawa ke Balai Polis Bayu Damai serta akan diserahkan ke Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut selepas menjalani ujian saringan COVID-19.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!