Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 3,569 PATI, 652 tekong ditahan sejak 1 Mei lalu

Op Benteng: 3,569 PATI, 652 tekong ditahan sejak 1 Mei lalu

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Operasi Benteng yang bermula sejak 1 Mei hingga semalam telah menahan seramai 3,569 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 652 tekong serta 193 penyeludup.

Menurut Ismail Sabri, kawalan ketat secara bersepadu disempadan negara turut berjaya menahan 134 bot atau kapal serta 362 kenderaan.

“Semalam, PDRM juga telah membuat 49 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dan memeriksa 19,493 kenderaan bagi mengekang kemasukan PATI terutamanya di lorong-lorong tikus,

“PDRM telah berjaya menahan 7 warganegara asing di SJR Op Benteng atas kesalahan imigresen,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Selain itu, kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan tidak akan berkompromi terhadap mereka yang terbabit dalam penyeludupan masu

Op Benteng ini melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA dan agensi-agensi lain yang mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain menyekat penularan wabak COVID-19. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!