Home Semasa Aktiviti sukan, kokurikulum luar bilik darjah mulai 1 September

Aktiviti sukan, kokurikulum luar bilik darjah mulai 1 September

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan kokurikulum di luar bilik darjah untuk pelajar sekolah mulai 1 September ini.

Menurutnya, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini telah meneliti dan meluluskan pembentangan Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai garis panduan aktiviti tersebut.

“Garis panduan ini merangkumi pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka termasuk amali di luar bilik darjah bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK) serta Sains Sukan dalam keadaan yang terkawal,

“Antara garis panduan yang perlu dipatuhi termasuk mendapatkan kebenaran bertulis ibu bapa atau penjaga; penggunaan bilik mandi dan persalinan dihadkan mengikut kapasiti; memastikan penjarakan fizikal satu hingga tiga meter bagi aktiviti statik dan tiga hingga lima  meter bagi aktiviti dinamik serta peralatan perlu dibersihkan dan disanitasi,” katanya pada sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tambah Ismail Sabri, aktiviti sukan dan kokurikulum juga perlu mematuhi Garis Panduan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta KPM yang sedia ada.

“Garis panduan yang lengkap boleh didapati di laman sesawang MKN dan KPM bermula 1 September ini,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!