Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 13 PATI warga Thailand, Myanmar di cekup di sempadan negara

13 PATI warga Thailand, Myanmar di cekup di sempadan negara

by Nurulhuda

KEDAH, 18 Ogos – Hajat 3 orang wanita pendatang asing tanpa izin (PATI ) warga Thailand untuk bekerja di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila ditahan oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhampiran Batu Sempadan (BS 34), Durian Burung, semalam.

Mereka yang berusia dalam lingkungan 30 tahun itu di tahan ketika baru bergerak ke titik pementasan (staging point) sebelum ditahan oleh anggota pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM), awal pagi semalam.

Markas Briged Keenam Infantri Malaysia (MK 6 Briged) dalam kenyataan berkata, berdasarkan maklumat yang diperolehi, PATI tersebut dijanjikan pekerjaan di Kuala Lumpur oleh sebuah sindiket haram yang beroperasi di Kedah.

Operasi yang dikoordinasi oleh MK 6 Bgd dengan kerjasama agensi keselamatan terdiri daripada PDRM, Kastam, Imigresen, AKSEM, RELA dan APMM serta agensi perisikan di dalam OP Benteng Zon Utara berjaya menggagalkan usaha jenayah rentas sempadan (JRS) melibatkan lintas sempadan dan kemasukan PATI.

Pada masa yang sama, MK 6 Briged menyatakan, anggota TDM juga berjaya menahan seramai 10 orang PATI yang terdiri daripada 5 lelaki dan 5 wanita warganegara Myanmar di sekitar Bukit Kayu Hitam.

“Semua PATI ini telah ditinggalkan oleh tekong di laluan utama Bukit Kayu Hitam dan berjalan kaki ke laluan yang telah ditetapkan oleh tekong untuk merentasi sempadan bagi kembali ke negara asal,

“Nilai kesemua tangkapan dan barang rampasan dianggarkan mencecah hampir RM 27,938.00. Kesemua barang rampasan serta PATI telah diserahkan kepada Balai Polis Kota Putra dan Bukit Kayu Hitam untuk siasatan lanjut,” tambahnya. -airtimes.my

 

3 PATI warga Thailand di tahan berdekatan Batu Sempadan (BS 34). Foto: TDM

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!