KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini menegaskan
pendirian Malaysia dalam isu Palestin tidak akan berubah meskipun negara Emiriyah Arab Bersatu (UAE) memutuskan untuk membentuk hubungan diplomatik dengan Israel.
“Pendirian Malaysia dalam isu Palestin tetap konsisten. Malaysia menentang pelan haram dan unilateral oleh rejim Israel untuk melaksanakan rancangan pengilhakan sebahagian wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat,
“Malaysia, yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, turut mengulangi pendirian yang dipegang sejak sekian lama bahawa pembentukan negara berdaulat Palestin yang bebas melalui penyelesaian dua Negara (two-State solution), berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Palestin merupakan satu-satunya penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel,” katanya.
Beliau menambah, keputusan UAE untuk normalisasikan hubungan dengan Israel adalah kedaulatan negara Arab itu.
Pada 13 Ogos lalu, Israel dan UAE telah mencapai kata sepakat untuk normalisasi hubungan diplomatik mereka melalui rundingan.
Keputusan itu dibuat selepas Israel bersetuju untuk mengantung pelan pengilhakan kawasan Tebing Barat. – airtimes.my