Home Semasa Pemilik kedai makan punca kluster Sivagangga dihukum penjara 20 bulan, denda RM12 ribu

Pemilik kedai makan punca kluster Sivagangga dihukum penjara 20 bulan, denda RM12 ribu

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 13 Ogos – Kes indeks kluster Sivagangga telah dihukum denda sebanyak RM 12 ribu dan dipenjara selama 5 oleh Majistret Mahkamah Jitra, hari ini.

Pengarah Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang berkata, sebutan kes telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya Kedah, hari ini di Wad Pengasingan COVID-19 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

“Tertuduh mengaku bersalah terhadap semua 4 pertuduhan. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama 5 bulan dan denda sebanyak RM 3,000 untuk setiap pertuduhan,

“Tambahan penjara akan dikenakan terhadapnya sekiranya gagal membayar denda,” kata Fikri dalam satu kenyataan pada hari ini.

Beliau menambah, hukuman penjara bermula serentak pada tarikh hukuman dijatuhkan iaitu pada 13 Ogos 2020.

“Kes ini menjadi perhatian ramai kerana tertuduh telah menyebabkan penularan jangkitan COVID-19 dan kewujudan kluster di 3 negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang,

“Terdapat kawasan yang terjejas telah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO),” ujarnya.

Kenyataan itu turut menyatakan tertuduh masih lagi dirawat di hospital tersebut dan prosiding dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kluster Sivagangga mula dilaporkan pada 28 Julai lalu apabila 5 kontak rapat pesakit indeks telah dikesan menghidap wabak COVID-19 melalui aktiviti pengesanan aktif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau yang mempunyai taraf pemastautin tetap pulang dari India pada 13 Julai lalu dan telah menjalani saringan COVID-19 di KLIA. Keputusan ujian pada ketika itu adalah negatif.

Namun begitu, beliau telah melanggar Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah dengan membuka kedai makan miliknya.

Sehingga kini, seramai 45 orang telah dikesan dijangkiti oleh wabak itu pada kluster ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!