KUALA LUMPUR, 12 Ogos – Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli hari ini menegaskan kerajaan perlu memberikan peruntukan yang besar kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi melaksanakan rondaan.
“Pertahanan maritim merupakan satu bidang yang memerlukan peruntukan yang besar kerana mereka melakukan pelbagai rondaan,
“Peruntukan tambahan bukan sahaja diperlukan untuk menyelenggara kapal, tetapi ianya perlu untuk melakukan rondaan bagi mengekang pencerobohan asing,” katanya dalam Dewan Rakyat semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pertahanan di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, rondaan dan kehadiran kapal TLDM turut dapat menimbulkan rasa gerun di kalangan nelayan asing yang cuba menceroboh perairan Malaysia.
“Rakyat Terengganu terutamanya di Dungun amat berharap agar isu pencerobohan sebegini dapat ditangani,” ujarnya. – airtimes.my