Home Semasa 20 individu pulang dari luar negara positif COVID-19

20 individu pulang dari luar negara positif COVID-19

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 20 individu disahkan positif COVID-19 dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan sejak pulang dari luar negara.

Menurut Ismail, sejak 24 Julai lalu sehingga semalam, seramai 8,011 individu yang kembali ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

“Kesemua telah ditempatkan di 31 hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA) di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Sarawak, Kelantan, Perak, Perlis dan Kedah,

“Mereka pulang dari 30 negara, iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis dan Australia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 65 sekatan jalan raya (SJR) Operasi Bentang di seluruh negara dan memeriksa 26, 794 kenderaan bagi mengekang pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di Lorong tikus.

“PDRM telah berjaya menangkap seorang warganegara asing kerana keselahan imigrisen,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!