Home Semasa Tiada sesen pun hasil GST RM 19.4 Billion dirompak seperti dakwaan Lim Guan Eng – Menteri Kewangan

Tiada sesen pun hasil GST RM 19.4 Billion dirompak seperti dakwaan Lim Guan Eng – Menteri Kewangan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Ogos –  Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa duit hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM 19.4 bilion tidak hilang seperti didakwa oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,

“Saya rumuskan bahawa tidak kehilangan wang daripada kutipan hasil GST,” kata Menteri Kewangan ketika menjawab soalan oleh Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut Zafrul, beliau menyatakan perkara tersebut adalah berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Laporan tersebut telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun lalu,” jelasnya.

Jawapan Menteri Kewangan sekaligus menyebabkan Dewan Rakyat kembali gamat terutamanya apabila Ahli Parlimen blok Kerajaan menempelak Guan Eng telah berbohong berhubung isu tersebut.

Pada 15 Julai 2019, PAC telah membentangkan laporan siasatan berhubung dakwaan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Barisan Nasional telah ‘merompak’ wang tuntutan bayaran balik GST sebanyak RM 19.4 bilion. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!