Home Semasa Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila – Hishamuddin

Sabah tetap milik Malaysia sampai bila-bila – Hishamuddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan Malaysia tidak akan mengiktiraf tuntutan asing untuk Sabah.

Hishammuddin berkata, Sabah adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dan tidak ada pertikaian mengenainya serta mengulangi pendiriannya untuk tidak melayan tuntutan ke atas Sabah.

“Malaysia mengutuk dan menolak kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Teodoro Locsin Jr yang tidak bertanggungawab dengan mendakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia,

“Kami tidak akan mengiktiraf, apa lagi yang memenuhi tuntutan mana-mana pihak asing di Sabah,

“Pada masa yang sama, saya ingin menyatakan secara tegas di sini bahawa Sabah milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian daripada Malaysia sampai bila-bila,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai kenyataan dari Filipina itu terhadap Sabah ketika menggulung perbahasan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Pada akhir Julai lalu, Locsin Jr telah menegaskan bahawa Sabah adalah merupakan sebahagian daripada Filipina di akaun twitternya.

Kenyataan beliau telah menimbulkan kemarahan rakayat Malaysia dan mendapat teguran dari Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang menegaskan kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!