KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan seramai 20,297 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah diusir pada tahun ini.
Dalam sesi Dewan Rakyat semalam, beliau menyatakan angka tersebut adalah berdasarkan statistik dari Januari sehingga akhir Julai lalu.
“Pengusiran tersebut melibatkan seramai 5,613 warganegara Indonesia, 3990 Myanmar dan 2,664 warga Bangladesh,” jelasnya.
Beliau menambah, sebanyak 4,615 operasi dengan 18,092 PATI telah ditahan sepanjang tempoh yang sama pada tahun ini.
“Pada tahun 2017, sebanyak 16,737 PATI operasi tangkapan dilakukan dengan seramai 48,464 telah ditahan. Pada tahun 2018, seramai 48,372 telah ditahan dalam 14,724 operasi,
“Untuk tahun 2019, seramai sebanyak 17,536 operasi telah dilaksanakan dengan tangkapan sebanyak 51,300 orang PATI,” jelasnya.
Pada masa yang sama, Hamzah menegaskan Kementerian Dalam Negeri melalui Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa komited untuk menangani isu kebanjiran PATI di negara ini secara berkesan.
Menurutnya, operasi penguatkuasaan akan dilakukan sepanjang masa. – airtimes.my