Home Pertahanan dan Keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahan 26 PATI Rohingya di Langkawi

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tahan 26 PATI Rohingya di Langkawi

by Nor Azlan Mohd Nor

LANGKAWI, 26 Jul – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menangkap 26pendatang tanpa izin (PATI) etnik Rohingya di pantai Pulau Rebak, lebih kurang 6 kilometer daripada pantai Teluk Nibong, semalam.

Tangkapan ini adalah hasil operasi carilamat oleh APMM susulan maklumat oleh seorang PATI yang ditahan di Pantai Chenang.

“Sekumpulan PATI Rohingya telah terjun dan berenang sejurus tiba berhampiran perairan Pulau Langkawi semalam. Salah seorang dari mereka telah berenang ke arah Pantai Chenang sebelum ditahan oleh anggota PDRM yang sedang meronda,” kata sumber kepada Air Times.

Sementara itu, pihak Maritim Malaysia menjelaskan operasi mencari telah diaktifkan bagi mengesan kesemua PATI terbabit.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah berkata, Maritime Rescue Sub-Coordinator (MRSC) Langkawi telah mengaturgerak sebuah aset Bot PELINDUNG 2 ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan daripada pihak polis.

“Operasi Carilamat diteruskan pada 26 Julai dengan melibatkan 2 buah aset laut dan sebuah aset udara milik Maritim Malaysia iaitu KM GAGAH,bot PELINDUNG 2 serta helikopter AW 139,

“Kawasan operasi melibatkan sektor pencarian seluas 109 batu nautika persegi barat perairan Pulau Langkawi,” katanya.

Pihak Maritim Malaysia dijangka akan membuat kenyataan rasmi berhubung penahanan kesemua PATI terbabit pada petang ini – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!