LUMUT, 25 Jul – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan 3 bot nelayan tempatan yang sedang ‘leka’ menangkap ikan di perairan Bagan Datoh, semalam.
Penahanan dibuat kira-kira jam 11.12 malam.
Difahamkan kegiatan terbabit telah dikesan semasa rondaan bersama TLDM dan APMM. Pasukan peronda telah mengesan 3 bot nelayan kelas A dan melakukan pemeriksaan.
Hasil pemeriksaan mendapati 6 orang awak-awak dari kesemua bot itu adalah warga Indonesia yang tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu mereka tidak memiliki surat kebenaran dari Jabatan Perikanan Malaysia untuk melakukan aktiviti perikanan.
Kesemua nelayan asing terbabit telah ditahan dan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63 Dan Akta Perikanan – airtimes.my