Home Semasa APMM tahan 3 PATI Myanmar gagal kemukakan dokumen pengenalan diri

APMM tahan 3 PATI Myanmar gagal kemukakan dokumen pengenalan diri

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 27 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah menahan 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah di sebuah sangkar ikan pada kedudukan 4.2 batu nautika selatan Pulau Aman, Pulau Pinang, semalam.

Pengarah Maritim negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata pemeriksaan terhadap sebuah sangkar ikan yang tiada nombor pendaftaran, mendapati 3 lelaki warga Myanmar berumur lingkungan 23 hingga 30 tahun.

“Mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Pulau Pinang untuk siasatan serta tindakan lanjut,

“Kesemua PATI tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pengusaha sangkar ikan ditegaskan agar tidak menggajikan PATI atau pekerja asing tanpa permit yang sah. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!