BOGOTA, 22 Julai – Nahas helikopter tentera Colombia yang berlaku pagi Isnin lalu meragut sembilan nyawa selain mencederakan enam yang lain, memetik kenyataan tentera semalam, lapor agensi berita Xinhua.
“Malangnya, kami menemui sembilan mayat anggota kami,” kata seorang jurucakap tentera.
Bangkai helikopter UH-60 Black Hawk yang membawa 17 penumpang itu ditemui pada semalam di sepanjang Sungai Inirida di tenggara Colombia.
“Di lokasi helikopter malang itu terhempas, anggota penyelamat melaporkan 17 penumpang berada dalam helikopter ketika kejadian,” menurut kenyataan Kementerian Pertahanan.
Penumpang yang cedera dikejarkan ke hospital berdekatan manakala misi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih dijalankan.
Helikopter itu terlibat dengan operasi ketenteraan untuk membanteras kumpulan bersenjata di Guaviare sebelum terhempas.
Bahagian penerbangan tentera telah menghantar pakar untuk menyiasat punca nahas. – Bernama