Home Semasa Bakar Kucing: Ganjaran RM10 ribu untuk pemberi maklumat

Bakar Kucing: Ganjaran RM10 ribu untuk pemberi maklumat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) menawarkan ganjaran sebanyak RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan untuk tampil membantu siasatan mengenai insiden membakar anak kucing.

Persatuan tersebut menerusi facebook rasminya berkata, maklumat tidak lengkap dengan menyatakan kejadian tersebut berlaku di Pahang, namun butiran tidak disertakan untuk siasatan seterusnya.

“Malaysia Animal Association menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3,000 kepada RM10,000 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api,

“Malaysia Animal Association merayu supaya bekalkan maklumat lengkap dengan laporan polis sehingga pelaku sial ini berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan dijatuhi hukuman maksimum atas kezaliman membunuh anak kucing tidak berdosa ini jika benar kejadian di negara ini dan pelaku berada di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan maklumat segera di talian WhatsApp hotline 011-20901097.

Terdahulu, tular satu klip video berdurasi 46 saat yang mempaparkan seekor anak kucing yang sedang dibakar bulunya oleh seorang lelaki sehingga terbakar keseluruhan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!