Home SemasaGlobal 2 armada kapal dan 12 ribu anggota Tentera Laut AS jalani latihan perang di Laut China Selatan

2 armada kapal dan 12 ribu anggota Tentera Laut AS jalani latihan perang di Laut China Selatan

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 18 Jul – Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) meneruskan latihan ketenteraan di kawasan perairan Laut China Selatan.

US Navy dalam satu kenyataan berkata, latihan yang melibatkan kapal pengangkut USS Nimitz dan USS Ronald Reagan merupakan sebahagian daripada pendedahan kepada anggotanya untuk melakukan operasi bersama.

“Kehadiran kedua-dua kapal ini bukannya tindak balas terhadap mana-mana kejadian semasa mahupun politik,

“Ianya merupakan latihan integrasi bagi memupuk daya saling operasi antara anak kapal ketika berada di laut. Latihan ini melibatkan lebih 12 ribu anggota US Navy dan Marines,” tegas US Navy.

Semenjak awal Julai lalu, Amerika Syarikat telah melaksanakan latihan ketenteraan di Laut China Selatan dengan melibatkan dua armada kapal induk (Carrier Strike Group).

Latihan ini turut melibatkan kehadiran pesawat pengebom B-52 Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force).

Dalam kenyataan yang sama, komander Nimitz CSG, Rear Admiral (Laksamana Muda) Jim Kirk menyatakan operasi kedua-dua armada tersebut adalah di kawasan perairan antarabangsa.

“Operasi Nimitz dan Ronald Reagan CSG adalah mengikut lunas undang-undang laut antarabangsa. Ianya turut membantu kami dalam memperkukuhkan komitmen kepada negara rakan serta sekutu bagi memastikan perairan Indo-Pasifik adalah bebas terbuka,” katanya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!