Home Semasa Keputusan ganti Speaker Parlimen bukan dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinet

Keputusan ganti Speaker Parlimen bukan dibuat oleh Perdana Menteri dan Kabinet

by Bernama

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata pengguguran beliau daripada jawatannya itu adalah mematuhi perlembagaan.

Beliau berkata ia sesuatu yang wajar dan mematuhi semua prinsip yang diperlukan dalam perlembagaan negara.

“Saya tiada masalah, keputusan telah dipatuhi dan ia dibuat oleh Ahli Parlimen, bukan Perdana Menteri atau Kabinet.

“Inilah sistem Perlembagaan kita dan ia sesuatu yang wajar dipatuhi secara prinsip,” katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, usul kerajaan untuk Mohamad Ariff mengosongkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat diluluskan dewan, meskipun pada awalnya mendapat bantahan keras daripada pihak pembangkang.

Usul itu diluluskan melalui undi belah bahagian yang menyaksikan 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 109 lagi tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Ia dicadangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Mohamad Ariff berkata jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Timbalan Dipertua Dewan Rakyat perlu kekal menjadi jawatan yang bebas dan dipilih melalui prinsip undian dalam dewan. – Bernama

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!