1.3K
WASHINGTON, 8 Julai – Amerika Syarikat bersetuju untuk menjual 8 pesawat Tilt-rotor Bell-Boeing MV-22 Osprey kepada Indonesia dengan harga sekitar USD2 bilion.
Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan (DSCA) pada 6 Julai lepas berkata, perjualan tersebut meliputi pesawat Block C, peralatan, senjata, alat ganti, sokongan dan latihan kepada Indonesia.
“Penjualan pesawat ini akan menyokong tujuan dasar luar dan objektif keselamatan nasional Amerika Syarikat dengan meningkatkan keselamatan rakan serantau di wilayah Asia-Pasifik,
“Cadangan penjualan pesawat ini akan memberi sokongan serta meningkatkan kemampuan kemanusiaan dan bantuan bencana kepada Indonesia dalam menyokong operasi amfibi,” kata DSCA. – airtimes.my