JOHOR BAHRU, 3 Jul – Hasrat seorang tekong menghantar pulang 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara jiran berjaya dipatahkan oleh Rejimen ke-61 Artileri Diraja (61RAD) pada malam tadi.
Sel Perhubungan Raya Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) menyatakan penahanan tersebut dibuat ketika 61RAD sedang melakukan rondaan di kawasan Tanjung Ayam, Sungai Rengit, Johor.
“Kumpulan anggota yang diketuai oleh Kapten Amirul Zubir Mohammad Naim telah bertindak atas maklumat dari anggota petugas Polis Marin PDRM berkenaan pergerakan PATI.
“Hasil serbuan yang dibuat telah berjaya menahan seramai 24 orang PATI warga Indonesia termasuk seorang lelaki tempatan dipercayai tekong,” katanya.
Menurut kenyataan itu, PATI adalaha terdiri daripada 21 lelaki dan 3 wanita.
Turut dirampas adalah sebuah kenderaan Hyundai Starex yang dipercayai digunakan untuk membawa kesemua PATI.
Kesemua yang ditahan telah dihantar ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan selanjutnya termasuk pemeriksaan kesihatan COVID-19. – airtimes.my
GALERI GAMBAR (KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ):