TEL AVIV, 1 Julai – Syarikat pertahanan Israel, Elbit Systems (Elbit) hari ini mengumumkan pihaknya telah dianugerahkan kontrak membekal sistem perisikan bernilai US$33 juta kepada sebuah pasukan tentera laut di rantau Asia Tenggara.
Kontrak tersebut melibatkan jangka masa pembekalan selama 2 tahun.
“Elbit akan memasang sistem perisikan pada kapal tentera laut negara pelanggan bagi melaksanakan misi tinjauan yang kompleks serta memberi gambaran medan dari domain atas permukaan, bawah permukaan serta udara,” katanya dalam satu kenyataan.
Antara peralatan yang akan dibekalkan ialah sistem periskan elektronik AES-212, sistem komunikasi taktikal dan jammer NATACS, sistem pengimejan elektro-optikal SPECTRO XR, sonar M670, sistem sonar TRAPS, sistem komunikasi bawah permukaan dan sistem pengurusan tempur.
Pihak Elbit tidak menyatakan negara mana yang membeli kesemua peralatan tersebut. – airtimes.my