Home Pertahanan dan Keselamatan Kapal dilengkapi UAV, pertingkat pemantauan APMM di perairan negara

Kapal dilengkapi UAV, pertingkat pemantauan APMM di perairan negara

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 24 Jun – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bakal menerima kapal persisir pantai (OPV) pada hujung tahun ini bagi meningkatkan kawalan dan rondaan di perairan negara.

Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata pembinaan 3 buah kapal persisir pantai tersebut, kini sedang dalam pembinaan dan hanya menunggu untuk proses penerimaan pada akhir tahun ini.

“OPV atau kapal induk sepanjang 83 meter panjang itu kini dalam proses pembinaan di Klang dan kapal pertama dijangka akan diperolehi pada hujung tahun manakala selebihnya akan diterima secara berperingkat,

“Kita (APMM) memerlukan bot yang besar, yang boleh bertahan di laut sekurang-kurangnya sebulan tanpa balik ke daratan untuk ulang bekal, isi minyak dan sebagainya,” katanya

Beliau turut menambah, APMM juga merancang untuk mendapatkan 3 buah kapal baharu untuk menyokong pengoperasian di perairan negara.

Kapal misi pelbagai guna (Multi Purpose Mission Ships, MPMS) yang dicadangkan kepada kerajaan.

“Kapal misi pelbagai guna (Multi Purpose Mission Ships, MPMS) itu bernilai RM1.05 bilion atau RM390 juta setiap satu,

“Kapal tersebut bakal mempertingkatkan pengoperasian serta pengawasan anggota APMM dengan lebih optimum,

“Kapal tidak perlu meninggalkan kawasan operasi untuk ulang bekal ataupun menghantar bot yang ditahan,

“Ia bakal dilengkapi dengan kapal pemintas dan sistem Pesawat Udara Tanpa Pemandu (UAV) yang akan digunakan sebagai pemantauan awal sebarang pencerobohan nelayan asing diperairan negara,” jelasnya lagi. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!