Home Pertahanan dan Keselamatan 8 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

8 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

by Nurulhuda

PUTRAJAYA, 22 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 8 warganegara asing dalam sekatan jalan raya melalui Operasi Benteng atas pelbagai kesalahan Imigresen, semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata PDRM juga telah membuat 68 sekatan jalan raya di seluruh negara berbanding 68 sekatan jalan raya pada hari sebelumnya.

“PDRM juga memeriksa 39,965 kenderaan bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus,” katanya pada sidang media harian selepas mesyuarat khas menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan menyatakan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penyeludupan masuk PATI ke negara. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!