Home Pertahanan dan Keselamatan Giliran PATI Indonesia pula bocorkan bot, elak diusir pihak penguatkuasa

Giliran PATI Indonesia pula bocorkan bot, elak diusir pihak penguatkuasa

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Bot nelayan asing bersama 5 warganegara Indonesia (WNI) telah dikesan dan ditahan di perairan Hutan Melintang, Perak pagi tadi.

National Task Force (NTF) dalam kenyataan berkata, bot yang dalam perjalanan ke Bagan Sungai Burung, Selangor itu telah tenggelam akibat kebocoran ketika sedang menunggu KM MALAWALI untuk tindakan pengusiran.

Sehubungan itu, krew PETIR 80 milik Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Perak telah bertindak dengan menyelamatkan 5 WNI tersebut.

“Siasatan kini sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca kebocoran samada sengaja dibocorkan atau sebaliknya,

“Pada jam 9.55 pagi, PETIR 80 telah membawa 5 orang WNI tersebut ke Jeti Hutan Melintang untuk melakukan ‘Swabbing Test’. Mereka seterusnya diserahkan kepada Tim Keselamatan Maritim Negeri Perak pada jam 10.20 pagi,

“5 pendatang tanpa izin (PATI) tersebut telah dibawa ke Klinik Kesihatan Sitiawan untuk ujian saringan COVID-19 pada jam 1 tengahari,

“Mereka telah diletakkan di pusat transit sementara di Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Manjung, sehingga keputusan ujian diperolehi,” tambahnya lagi.

Menurut kenyataan itu, NTF menerusi Op BENTENG tetap komited memperkasa perbatasan daratan dan maritim negara daripada sebarang pencerobohan PATI bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Meskipun berdepan cabaran perairan negara yang luas, rakyat diseru untuk terus menjadi mata dan telinga NTF dengan menghubungi talian hotline NTF bagi melaporkan sebarang aktiviti berkaitan PATI,” ujarnya. -airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!