KUALA LUMPUR, 17 Jun – Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini telah mengeluarkan Standard Operation Procedure (SOP) untuk pengunjung yang ingin berkunjung ke panggung wayang.
MKN dalam satu kenyataan menegaskan bahawa kanak-kanak yang berumur 12 tahun kebawah tidak dibenarkan masuk ke dalam panggung wayang.
“Semua pengunjung dikehendaki mengamalkan jarak sosial 1 meter semasa di dalam panggung wayang, di kaunter bayaran tiket dan juga kaunter membeli makanan,
“Staf dan pelanggan yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5 Celcius atau menunjukkan sebarang simptom, tidak dibenarkan memasuki premis dan dinasihatkan ke hospital atau klinik yang berdekatan,” tegasnya.
Dewan tayangan pula perlu dibersihkan dan disinfeksi sebelum dan selepas tayangan sebanyak 3 kali sehari, terutamanya dikemudahan umum seperti tempat duduk dan juga tandas.
“Semua premis harus menyediakan hand sanitizer di setiap pintu masuk dan menggalakkan semua pelanggan dan staf mengunakan hand sanitizer dan penutup muka,
“Syarikat wajib menyediakan susunan tempat duduk yang mematuhi penjarakan sosial 1 meter dan memantau pematuhan tersebut sepanjang sesi tayangan bermula,” katanya dalam kenyataan tersebut.
MKN menegaskan untuk semua syarikat mematuhi SOP yang disediakan dan juga aktiviti promosi dan perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan di Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP).