KUALA LUMPUR, 17 Jun-Menteri pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri bersama-sama Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah bersetuju untuk membenarkan sebarang penganjuran mesyuarat, seminar, bengkel, kursus, latihan serta persidangan untuk diadakan.
Arahan ini melibatkan kedua-dua sektor iaitu kerajaan dan swasta.
Namun, ia haruslah mematuhi SOP yang dibenarkan seperti penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter serta mengamalkan kebersihan diri seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Beliau dalam sidang media hari ini, turut menegaskan bahawa penganjuran majlis di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak dibenarkan.
“Patient under Investigation (PUI) serta Person under Surveillance (PUS) juga tidak dibenarkan hadir,” tambahnya lagi.
Walaubagaimanapun, jumlah maksima yang dibenarkan hanyalah seramai 250 peserta dan haruslah mengikut kapasiti ruang penganjuran yang diadakan.
Di samping itu, semua peserta haruslah mendaftarkan diri dengan memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengimbas QR Code sewaktu proses pendaftaran.
Ini adalah bagi memudahkan KKM mengenalpasti pesakit jika terdapat sebarang kes baru dilaporkan.