KUALA LUMPUR, 11 Jun – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam memberi amaran kepada ibu bapa yang membawa anak kecil ke tempat awam supaya bersedia menanggung risiko jika masih berdegil.
“Salahkan diri sendiri jika berlaku sebarang perkara buruk kerana gagal menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab sebelum menuding jari kepada pihak lain,
“Ini kerana anak-anak kecil juga adalah salah satu kumpulan berisiko dijangkiti COVID-19 selain warga emas,” katanya.
Dalam kenyataan lain, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada peraturan dalam Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang menghalang ibu bapa untuk membawa anak mereka ke pusat beli belah.
“Namun pihak kerajaan hanya akan menggubal undang-undang tersebut jika didapati masih terdapat ibu bapa yang mengingkari arahan dengan membawa anak kecil ke tempat awam,” jelasnya.