Home Pertahanan dan Keselamatan PATI Rohingya di Langkawi akan diusir gunakan bot yang telah dibaikpulih

PATI Rohingya di Langkawi akan diusir gunakan bot yang telah dibaikpulih

by Nurulhuda

Langkawi, 10 Jun – Kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Rohingya yang mendarat di Langkawi pada Isnin lalu akan diusir keluar dari negara ini sebaik sahaja bot mereka siap dibaiki.

Menurut sumber, kerja-kerja membaik pulih kerosakan termasuk kebocoran bot yang digunakan oleh PATI akan dijalankan segera.

“Enjin bot akan segera dibaiki dan sekiranya keadaan memerlukan, enjin bot akan diganti,

“Sebelum diusir keluar, mereka akan diberikan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk perjalanan mereka pulang ke negara asal,” jelasnya kepada AirTimes.

Pada Isnin lalu, seramai 269 PATI Rohinya telah menceroboh masuk perairan Langkawi.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan para penceroboh telah bertindak merosakkan bot dan terjun laut bagi meraih simpati pasukan keselamatan yang cuba mengusir mereka keluar.

Dalam sidang media di Putrajaya semalam, beliau menegaskan para pendatang Rohingya yang telah ditahan di Langkawi akan diusir keluar.

“Kepada pelarian etnik Rohingya, jangan anggap kita terima mereka. Tidak. Kita akan hantar balik atau serahkan kepada negara ketiga yang sebelum ini lantang menuduh Malaysia tidak berperikemanusian,

“Apabila kita hantar kepada negara ini, mereka akan rasai sendiri apabila berdepan dengan isu pelarian,” ujarnya lagi.

Malaysia merupakan antara negara yang tidak menandatangani Konvensyen Mengenai Pelarian 1951 dan Protokol Status Pelarian 1967.

Pada Mei lalu, Kementerian Dalam Negeri menegaskan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) termasuk Rohingya tetap diiktiraf sebagai PATI. -airtimes.my

Related Articles

4 comments

RAKHAMAWATI BINTI GHAZALI 10 June 2020 - 12:26 pm

Setuju dengan tindakan pihak kerajaan.

Reply
PATl R0hingya Di Langkawi Akan Dius1r Menggunakan Bot Yang Telah Dibaikpulih – Media Viral 10 June 2020 - 5:44 pm

[…] Sumber: airtimes.my […]

Reply
269 PATI Rohingya Akan Diusir Selepas Bot Dibaiki Semula. - kupasmedia.com 11 June 2020 - 10:01 am

[…] Credit : Air Times. […]

Reply
Bot Akan Dibaikpulih, 296 PATI Rohingya Tetap Akan Diusir Keluar Selepas Itu - Anak Bapak 11 June 2020 - 10:24 am

[…] “Sebelum diusir keluar, mereka akan diberikan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi untuk perjalanan mereka pulang ke negara asal,” jelasnya kepada AirTimes. […]

Reply

Leave a Reply

error: Content is protected !!