Home Pertahanan dan Keselamatan Bulgaria sedia jual MiG-29A selepas terima F-16 Block 70

Bulgaria sedia jual MiG-29A selepas terima F-16 Block 70

by M.Daim

SOFIA, 9 Jun – Kerajaan Bulgaria dilaporkan akan merancang untuk menjual sebahagian daripada jet pejuang MiG-2A Amilik tentera udara mereka.

Rancangan tersebut diumumkan oleh Menteri Pertahanan Bulgaria, Krasimir Karakachanov.

“MiG-29A akan dijual selepas jet pejuang F-16 Block 70 tiba. Kita tidak mahu menanggung kos penyeleggaraan pesawat usang selepas mendapat jet pejuang baharu,” jelas Krasimir seperti yang dilaporkan oleh media Bulgaria.

Beliau menambah, penjualan tersebut dilakukan bagi menampung belanjawan pertahanan negaranya.

Tentera Udara Bulgaria pada ketika ini mengoperasikan MiG-29A dan Su-25 sebagai pesawat tempur mereka.

Pada ketika ini, negara itu telah mengoperasikan 14 buah MiG-29A selepas 2 buah pesawat tersebut dilaporan terhempas pada

Perkhidmatan MiG-29A di negara itu sudah menjangkaui lebih 30 tahun dengan 2 insiden jet pejuang itu terhempas pada tahun 1994 dan 2012.

Bulgaria telah membelanjakan sebanyak US$ 1.2 juta untuk membeli F-16 BLock 70 dari Amerika Syarikat bagi menggantikan perkhidmatan MiG-29A yang telah menjangkaui usia perkhidmatan lebih 30 tahun.

Dijangka negara itu akan melakukan penjualan sebahagian jet pejuang lagenda itu selepas penghantaran F-16 lengkap pada sekitar 2023-2024.

Pada akhir tahun  lalu, Bulgaria meluluskan belanjawan untuk projek penyelenggaraan bagi memanjangkan hayat MiG-29A. Projek bernilai sebanyak US$ 1.2 bilion itu merangkumi kerja-kerja penyelenggaraan selamat 4 tahun dengan Russian Aircraft Corporation MiG.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!