Home Semasa Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksana – SPR

Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksana – SPR

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 7 Jun – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pendaftaran pengundi yang berumur 18 tahun belum dilaksanakan buat masa sekarang.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pendaftaran bagi pengundi itu akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilihan secara automatik setelah segala persiapan SPR diselesaikan.

“Perkara itu termasuklah penyediaan pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2020 dan undang-undang lain yang berkaitan,

“Selain itu, persiapan lain adalah berkaitan penyediaan prosedur operasi standard (SOP) dan penyediaan sistem serta infrastruktur,

“Kesemua persiapan ini dijangkakan selesai selewat-lewatnya pada bulan Julai 2021,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Azhar berkata, SPR dari semasa ke semasa akan mengeluarkan kenyataan media rasmi untuk sebarang perkembangan terkini dan menyeru orang ramai untuk merujuk terlebih dahulu kepada SPR melalui laman rasmi www.spr.gov.my atau Facebook rasmi SPR atau menghubungi talian 03-8892 7200 bagi mengelakkan penularan berita palsu.- airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!