Home Semasa China belanja RM162.4 bilion tanggung rawatan percuma pesakit Covid-19

China belanja RM162.4 bilion tanggung rawatan percuma pesakit Covid-19

by Fatini Hanis Norzali

BEIJING, 7 Jun – China telah memberikan rawatan percuma kepada pesakit yang disyaki dan telah dijangkiti COVID-19.

Kertas Putih COVID-19 yang dikeluarkan oleh China pada hari ini menyatakan kesemua pesakit terbabit telah menerima rawatan dibiayai sepenuhnya oleh Tabung COVID-19.

Sehingga 31 Mei, jumlah kos rawatan untuk 58,000 pesakit yang disahkan dijangkiti Covid-19 telah selesai dibayar oleh pihak kerajaan China sebanyak RM162.4 bilion (1.35 bilion Yuan).

“Purata untuk seorang pesakit yang telah ditanggung oleh pihak kerajaan China, mencecah RM90,000 (150,000 Yuan),

“Dimana untuk pesakit kritikal pula, kos yang ditanggung mereka mencecah sehingga RM600,000 (1 milion Yuan) seorang,” kata dokumen tersebut.

Terkini, seramai 84,166 rakyat China yang dijangkiti Covid-19 dan sebanyak 4638 kematian telah dicatatkan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!