Home SemasaGlobal China amalkan komunisme semasa krisis, tangkap siapa yang tahu kebenaran – Mike Pompeo

China amalkan komunisme semasa krisis, tangkap siapa yang tahu kebenaran – Mike Pompeo

by M.Daim

WASHINGTON, 7 Jun – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo menegaskan tindakan China cuba mengambil kesempatan untuk mempergunakan isu George Floyd untuk menghalalkan tindakan mereka di Hong Kong adalah satu melucukan.

“Parti Komunis China (CCP) sengaja mempergunakan tragedi George Floyd untuk menghalalkan pemerintahan mereka yang menafikan hak asasi manusia,

“Propaganda yang melucukan ini tidak dapat menipu sesiapa pun,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara AS.

Menurut kenyataan itu, Amerika Syarikat dan China adalah jelas berbeza dalam menangani isu kemanusiaan.

“Di China, doktor dan wartawan yang menyuarakan amaran wabak baharu akan ditangkap serta didiamkan oleh CCP,

“Di AS, kami mengutamakan nyawa manusia dan menubuhkan sistem yang telus. Satu sistem untuk merawat, menyembuh dan berkongsi cara penyelesaian dengan global untuk menangani penyakit,” katanya.

Mike menyindir tindakan Beijing berhubung penangkapan beberapa orang doktor dan wartawan yang didakwa ‘sengaja menakutkan orang ramai’ semasa wabak COVID-19 baharu dikesan pada awal Disember lalu.

Salah seorang doktor yang ditahan, Dr. Li Wenliang dilaporkan telah meninggal dunia pada awal Februari.

Doktor yang berusia 34 tahun itu merupakan antara 8 orang doktor telah ditahan atas dakwaan menyebarkan ‘berita palsu’ oleh pihak berkuasa tempatan.

“Semasa krisis, China akan mengenakan doktrin komunisme. Amerika sebaliknya memastikan kebebasan adalah terjaga,” kata Pompeo pada akhir kenyataan. – AirTimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!