PUTRAJYA, 5 Jun – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan memberikan bantuan one-off sebanyak RM 300 seorang kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dan ibu tunggal bagi mengurangkan beban mereka.
Beliau berkata bantuan tersebut akan diterima lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Kerajaan juga sentiasa mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan kumpulan sasar seperti OKU dan ibu tunggal,
“Bayaran ini InshaAllah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha. Kerajaan juga akan memperuntukkan geran kepada pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan,” jelas Perdana Menteri dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa saluran televisyen hari ini.
Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan Program Insentif Pengambilan Pekerja untuk memberikan peluang pekerjaan kepada golongan penganggur dan belia di negara ini.
“Dianggarkan 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaat tersebut,
“Insetif bagi menggaji penganggur berumur di bawah 40 tahun akan diberikan sebanyak RM800 sebulan bagi setiap pekerja. Manakala bagi menggaji penganggur berumur 40 tahun dan ke atas serta golongan OKU diperuntukan adalah sebanyak RM1,00 sebulan,” tambah Muhyiddin.
1 comment
How to apply for the OKU amount?