Home Semasa 8 Jun diisytihar hari cuti umum kepada pekerja swasta

8 Jun diisytihar hari cuti umum kepada pekerja swasta

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pada 8 Jun ini diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am kepada pekerja swasta sempena Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengisytiharan ini di bawah  seksyen 8, Akta Hari Kelepasan 1951 dan telah diwartakan pada 18 Mac 2020.

“Hari Kelepasan AM ini adalah termaktub sebagai Hari Cuti Umum yang wajib diberikan kepada pekerja menurut seksyen 60D (1)(a)(ii) Akta Kerja 1955 (Akta 265),” katanya.

Kenyataan itu juga berkata, Hari Kelepasan Am ini tidak boleh digantikan pada tarikh lain dan pekerja yang diarahkan bekerja pada tarikh itu hendaklah dibayar gaji pada kadar bayaran bagi Hari Kelepasan Am selaras dengan peruntukan Akta 265. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!