KUCHING, 27 Mei: Hentikan penjualan kereta kerana ianya boleh menyebabkan kemalangan, selar Ahli Parlimen DAP Kuching Dr. Kelvin Yii Lee Wuen.
Kenyataan sinis itu dimuat naik melalui laman Facebooknya sebagai mengulas kenyataan ketua penerangan PAS, Kamaruzaman Mohamad yang menggesa penggantungan penjualan arak berikutan kenaikan kes kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk.
Selain itu, beliau turut mencadangkan penjualan motosikal, basikal, rokok dan gula dihentikan kerana ianya boleh menyebabkan isu mat rempit, basikal lajak, kanser dan kencing manis.
“Tidak dapat dinafikan, memandu dalam keadaan mabuk adalah masalah penting yang perlu ditangani dengan serius. Walau bagaimana pun, ia perlu menggabungkan usaha-usaha seperti indoktrinasi pendidikan, mesej sosial dan hukuman berat bagi menyelesaikan masalah memandu dalam keadaan mabuk dengan berkesan,” – airtimes.my