Home Politik BERSATU pecat Tun Mahahtir, Mukhriz, Syed Saddiq

BERSATU pecat Tun Mahahtir, Mukhriz, Syed Saddiq

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini memecat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menamatkan keahlian beliau dalam parti.

“Keahlian Tun dalam Bersatu adalah terhenti serta-merta,” kata Setiausaha Kerja Parti, Muhammad Suhaimi Yahya dalam sepucuk surat yang dialamatkan kepada Tun.

Pemecatan dibuat berikutan Tun telah menyertai dan duduk di blok pembangkan semasa sidang Parlimen pada 18 Mei lalu.

Turut dipecat ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah, Maszlee Malek dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!