PUTRAJAYA, 28 Mei – Kerajaan akan menghantar pulang kesemua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang didapati negatif ke negara asal mereka.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata setakat ini 3 buah negara telah bersetuju dengan cadangan Kerajaan untuk menghantar pulang rakyat mereka yang tinggal secara haram di Malaysia.
“Kerajaan akan menghantar pulang PATI yang didapati negatif COVID-19. Kerajaan juga ingin berterima kasih kepada tiga negara iaitu Indonesia, Nepal dan Bangladesh yang telah bersetuju dengan cadangan ini,
“Difahamkan, Wisma Putra juga telah menghantar nota kepada semua kedutaan yang mana rakyat mereka masih berada di Depot Tahanan Imigresen,
“Saya berharap kedutaan negara lain akan mengikut langkah Indonesia, Nepal dan Bangladesh untuk menghantar pulang rakyat mereka,” katanya semasa Sidang Media Harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), di Putrajaya, hari ini. – airtimes.my