BEIJING, 25 Mei – China mengumumkan kenaikan belanjawan pertahanan sebanyak 6.6 peratus bernilai AS$178 bilion (RM776 bilion) untuk tahun ini.
Kadar kenaikan belanjawan tersebut merupakan terendah berbanding pada tahun sebelum ini.
Pengumuman belanjawan telah dibuat oleh kerajaan China semasa sesi pembukaan Kongres Kebangsaan Rakyat (NPC) pada Jumaat lalu.
Agensi berita Xinhua melaporkan, penurunan pada tahun ini dikaitkan secara langsung dengan wabak pandemik COVID-19 yang menyebabkan ekonomi domestik dan global terjejas.
Pada suku pertama 2020, ekonomi China merosot sebanyak 6.8%.
“Kami akan pembaharuan dalam pertahanan nasional dan ketenteraan, meningkatkan kemampuan sokongan logistik dan peralatan, serta mengembangkan inovatif sains dan teknologi yang berkaitan dengan pertahanan,” katanya.
Tambah Li lagi, China juga akan meningkatkan sistem mobilisasi pertahanan nasional dan memastikan bahawa perpaduan antara tentera, pemerintah dan rakyat tetap kukuh.
Pada tahun 2019, China menetapkan sebanyak AS$177.6 bilion dengan kadar pertumbuhan sebanyak 7.5%.
Manakala, pada tahun 2018, sebanyak AS$ 175 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pertahanan negara kuasa besar Asia itu dengan kadar pertumbuhan 8.1%. – airtimes.my