Home SemasaGlobal China kerap lakukan provokasi ketenteraan di Laut China Selatan – AS

China kerap lakukan provokasi ketenteraan di Laut China Selatan – AS

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Timbalan Setiausaha Pertahanan di Asia Tenggara, Reed Werner menegaskan China kerap melakukan tindakan provokasi ketenteraan di kawasan perairan Laut China Selatan.

Menurut beliau, sekurang-kurangnya terdapat 9 insiden provokasi oleh jet pejuang China terhadap kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (US Navy) di perairan itu.

“Pada bulan lalu, sebuah kapal Tentera Laut China (PLA Navy) telah melakukan manuver berbahaya berhampiran kapal USS Mustin,” kata Werner dalam satu wawancara dengan Fox News.

Beliau menambah, trend tindakan PLA Navy di Laut China Selatan adalah membimbangkan.

“AS telah menghantar nota bantahan kepada China,” ujarnya.

US Navy mempertingkatkan kehadiran mereka di Laut China Selatan dengan melakukan rondaan.

Selain itu, mereka turut melakukan operasi hak kebebasan belayar (freedom of navigation operation, FONOP). Operasi yang sama turut dilakukan di Selat Taiwan.

Semenjak Mac lalu, AS telah melancarkan FONOP di kawasan perairan yang dituntut oleh China.

Kapal amfibi USS America telah melaksanakan latihan bersama beberapa buah negara di Laut China Selatan.

Selain itu, pesawat pengebom B-1B Lancer Tentera Udara Amerika Syarikat telah melakukan rondaan di perairan sama. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!