Home Semasa NGO serah dua kontena sejuk beku simpan makanan di Pusat Kuarantin Serdang

NGO serah dua kontena sejuk beku simpan makanan di Pusat Kuarantin Serdang

by M.Daim

SERDANG, 20 Mei – Pertubuhan bukan kerajaan, Oscar Mission hari ini menyerahkan sebuah kontena pendingin (chiller container) kepada Pusat Kuarantin  Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang.

Kontena ini merupakan satu daripada dua unit yang akan ditempatkan di pusat kuarantin itu.

Menurut Kol (Dr) Mohd Arshil bin Moideen, Timbalan Pengarah 2 Pusat Kuarantin berkata , penyerahan unit kontena ini sekaligus menjimatkan wang dalam mengoperasikan pusat kuarantin.

“Kontena pendingin dan kontena sejuk beku (freezer) akan digunakan untuk menyimpan makanan yang diperlukan di pusat ini,

“Dengan kehadiran dua unit kontena ini,kita dapat menjimatkan wang dan memastikan kelangsungan operasi pusat ini dengan lebih optimum,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Oscar Mission yang menguruskan penghantaran kesemua unit kontena.

Sementara itu, wakil Oscar Mission, C. Nazmi Shah C. Yusof berkata, penyediaan pusat simpanan makanan merupakan kali kedua diuruskan oleh pihaknya.

“Ini merupakan projek kedua untuk kami bagi menempatkan stor dingin untuk makanan di sesuatu fasiliti berkaitan pengurusan krisis COVID-19,

“Pusat kuarantin ini mungkin beroperasi dalam satu tempoh masa yang panjang dan memerlukan fasiliti sebegini,” kata Nazmi.

Beliau yang merupakan Pengurus Negara Bertling turut menjelaskan, pihaknya telah menyumbang satu unit kontena pendingin di DBKL pada penghujung April lalu.

Kontena terakhir dijangka akan tiba di MAEPS, esok.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!