FLORIDA, 20 Mei – Tentera Udara Amerika Syarikat hari ini mengesahkan sebuah jet pejuang stealth F-35A Lightning II telah terlibat dalam nahas udara di Pangkalan Udara Eglin.
Kejadian terbaharu itu berlaku selepas sebuah F-22 Raptor terhempas pada 16 Mei lalu.
Menurut laman sosial Eglin, F-35A dari 58th Fighter Squadron telah terhempas pada malam Selasa waktu tempatan.
“Jet pejuang terhempas semasa melakukan pendaratan. Juruterbang selamat dan dalam keadaan stabil,” katanya.
Pihak Eglin menambah, jet pejuang terbabit sedang melakukan penerbangan rutin pada waktu malam.
F-35A merupakan salah satu varian jet pejuang generasi kelima dan stealth keluaran Lockheed Marin. Anggaran kos sebuah jet pejuang ini adalah kira-kira US$ 90 juta.